Monday, February 21, 2011

Kuda Raja


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.
Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,
“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”
Maka dengan selambanya budak tu berkata,
“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.
“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
“Cubalah kalau boleh”.
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!
“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”
Dengan selambanya budak tu jawab,
.
.
.
.
.
.
“Nak kena jentik lagi…??”

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Minah.
“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”

Pengalaman di Highway Gua Musang


Kisah terjadi sewaktu aku dan Razman dlm perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kereta yang aku pandu meluncur laju merentas highwayyg Gua Musang ketika itu lengang..(Pesanan Penaja: kalau boleh, jgn drive sorang2 kat area nih!)
Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja.
Kemudian aku bersuara ” eh Man? senyap je..asal? kenyang sangat ke?”
Razman masih mendiamkan diri…. aku semakin suspen…(kenape dia nih?) kataku dlm hati…
Razman bersuara secara tiba-tiba…
” Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?” tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar wajahnya…dia
nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab.
“Errrr… cerita hantu ke??? eh..he..he..he… apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? ” tanya aku kehairanan, dlm hati cuak ju ak.
” takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu…..” jawabnya.
“oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. eh jap..jap..aku tutup radio” kata aku sambil menekan off pada butang radio.
“… tadi kita berhenti kan…ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?”
“OoOooo… ..ok…. .so?”
” Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia
takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat.
Jadi dia pun tidolah…
…….. setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasan senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah
tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut..”
Razman bercerita, aku kusyuk mendengarnya. Kemudian Razman menyambung lagi sambil menyalakan sebatang rokoknya.
” … Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana,
kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan…
Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga…, angin diawal pagi meniup dingin…….terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya…..
Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh……tapi….tiada siapa di belakangnya…
Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.
Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia….. kelekuk… kelekuk… kelekuk…..
…seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu… badannya mula seram sejuk…..
tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya….bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi.
Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Wajah makhluk sungguh pucat merenung tepat
kearahnya… biji matanya berlendir ,…. mulutnya seakan terbuka, kelihatan darah menitis-nitis dari mulut makhluk itu tanpa henti, matanya merah berair,
… rambutnya panjang mengurai…..kulitnya mengelupas bernanah….
lelaki itu mahu menjerit,tetapi mulutnya seakan-akan dikunci…
Makhluk itu menghampiri dirinya…setapak demi setapak dia melangkah ….kakinya itu tidak dapat berganjak… dirinya bagai dipukau, tubuhnya tidak
dapat bergerak…, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia yakin makhluk itu akan membunuhnya…..
Makhluk itu semakin mendekatinya…kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan…. .lutut lelaki itu bergetar….
Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut
dan bersuara,……
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA…..
ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA…..
DIMANA DIA BUAH HATI SAYA….
BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA………
ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!” CHAN MALI CHAN! CHAN
MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG
“Oi! Oi!” (ader suara background lagik…..)
“CHAN MALI CHAN!” “Oi Oi “CHAN MALI CHAN!
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG…oooOOOOHHHH”
Everybody!…let’s sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN
OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYONG…..
Everybody..c’mon!… clap your hand!… CHAN MALI CHAN
OI
OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYOOOOOONGGGGG!…


(P.S. Bace lawak ni mase firts wak bulu aq semue naik! XD)

Johor Menentang Negeri Sembilan!!


“Suatu petang di Stadium Paroi, ada sebuah perlawanan bolasepak Liga Super di antara pasukan Johor menentang pasukan tuan rumah iaitu Negeri Sembilan.
Laungan “Golllll!!!!!!!!!!” bergema apabila pasukan Negeri Sembilan berjaya menyumbat gol. Semua penyokong tuan rumah bersorak sambil berdiri merayakan gol tersebut.
Dalam kekecohan, penonton dari Johor terpijak kaki penyokong tempatan, dan dengan sopannya berkata, “Sorry”.
Penyokong tempatan itu memandang penonton tersebut dari atas ke bawah, sebelum membalas, “Sori, kopalo ayah ko.. Kan dah ompek kosong tu! Tengok kat scoreboard tu!Buto ko apo?”
(“Seri, kepala ayah kau.. Kan dah 4-0 tu! Tengok kat scoreboard tu! Buta ke apa?”)

Jangan yakin sangat selepas pembedahan

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata “Syukurlah, semuanya sudah berlalu.”
“Jangan terlalu yakin,” kata Akhbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. “Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!”
Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, “Minggu lepas, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.”
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru “Ada sesiapa yang nampak handphone saya?”
?????

wahsiat nenek!


Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, …..
Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.
Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.
Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut
Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah…..
“Din, … . kau janganlah berdiri di atas saluran oksigen aku tu”

Lawak Buah-Buahan


Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.
Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. “Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.
Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, ” Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.
Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.
Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. “Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?” tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!”